Tentang Academy Az Zahra
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi saw.
Academy Az Zahra adalah cawangan kepada Darul Ulum Az Zahra HQ yang menawarkan pengajian Pra Tahfiz seawal usia 7 tahun sehingga 12 tahun. Silibus yang digunakan adalah silibus Hafazan Al Quran jurusan Tahfiz dan AkademI bersepadu.
Jumlah pelajar yang telah hafiz di bawah seliaan kumpulan Az Zahra seramai 263 orang pelajar (226 orang pelajar lelaki dan 37 orang pelajar perempuan) bagi Jurusan Tahfiz serta selebihnya melanjutkan pengajian ke pelbagai bidang agama dan professional termasuk pengajian Islam di Darul Ulum Az Zahra (HQ) dan Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat (Alimah).
Bahasa pengantar dan bahasa kedua
Bahasa pengantar Academy Az Zahra adalah Bahasa Melayu kerana majoriti murid bertutur dalam bahasa Melayu dan ia lebih mudah untuk diterapkan pengajian bahasa Arab dan Inggeris dengan menggunakan bahasa Melayu.
Bahasa kedua pula adalah dua bahasa utama dunia iaitu bahasa Arab dan bahasa inggeris, kerana menguasai dua bahasa ini dalam pendidikan adalah amat penting bagi membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran yang kebanyakannya bersumberkan bahasa Arab dan sama pentingnya untuk menguasai bahasa Inggeris bagi tujuan dakwah umat Islam.
Aspek keselamatan
Setiap kakitangan telah diberi latihan untuk menghadapi sebarang situasi kecemasan.
Bilangan Minima dan Maksima Pelajar
Kami menganggarkan pengambilan minima murid seramai 500 orang dan maksima murid adalah seramai 800 orang pada tahun 2022 di 4 cawangan rangkaian Az Zahra.
Rumusan
Kami berharap impian kami untuk melahirkan insan yang cemerlang dan pemangkin untuk memajukan bangsa, negara dan berjasa juga pada agama tercapai.
Latar belakang Academy Az Zahra
Tarikh Penubuhan
Institusi ini mula ditubuhkan pada bulan Januari 2022 dengan jumlah murid terkini seramai 50 orang
Jumlah Kurikulum
Kurikulum yang dilaksanakan ialah Tahfiz dan Pengajian Akademi Fast Track SPM/STAM
Cara Beroperasi
Pengoperasian Institusi ini adalah berdasarkan kepada yuran bulanan dan sumbangan dari orang ramai
Objektif Penubuhan
Memelihara kesucian agama Islam selari dengan perlembagaan Negara, Islam adalah agama Persekutuan
Visi
Melahirkan Generasi Ulul Albab dan membangunkan masyarakat Qurani
Misi
Melahirkan Muallimah Rabbani, Huffaz yang berketerampilan, membentuk sahsiah diri anak anak untuk cintakan ilmu pengetahuan agama, kreatif, berkemahiran dan memupuk generasi Huffaz Profesional
Slogan
ILMU, IMAN, AMAL