Senarai Kelengkapan Pelajar Baru Bagi Tahun 2021/2022

Yuran pendaftaran kemasukan hanya sekali sebanyak RM700.00
Dan yuran bulanan RM600.00 x 12 bulan Setahun (rujuk muka surat 2)


Dokumen pemohon yang diperlukan semasa ditemuduga:

  1. Salinan kad pengenalan / surat beranak pemohon dan ibubapa/penjaga.
  2. Salinan sijil/surat berhenti sekolah/maahad/madrasah terdahulu.
  3. Salinan Tranksrip/sijil yang berkaitan/ bukti pencapaian pendidikan sebelum ini.


Pakaian seragam:

  1. Uniform kelas (sekurang kurangnya 3 helai)
  2. Kopiah dan serban putih (bilangan mengikut keperluan)
  3. Baju t-shirt putih (bilangan mengikut keperluan)
  4. Seluar putih (bilangan mengikut keperluan)
  5. Kain pelikat ( bilangan mengikut keperluan )

***Nota: Memakai pakaian seragam adalah DIWAJIBKAN semasa berada di dalam kelas, solat dan majlis rasmi.


Pakaian di luar kelas:

  1. Baju t-shirt yang tidak bergambar dan patuh shariah.
  2. Seluar yang melepasi paras lutut dan patuh shariah.

***Nota: Pakaian yang tidak patuh shariah ,tulisan atau gambar, yang ketat, menyerupai sifat kewanitaan, melambangkan mana mana kumpulan, ajaran sesat atau politik DILARANG sama sekali


Buku:

* Digalakkan untuk menggunakan Al quran hak milik sendiri
*Bagi kelas Fast Track SPM/STAM, selain dari alatan tulis, perlu membeli kitab mengikut silibus dan darjah kelas masing – masing. Harga kitab adalah berbeza mengikut kelas.


Bilik:

  1. 2 helai cadar (tidak bergambar/kosong berwarna biru).
  2. Bantal, sarung bantal dan selimut (tidak bergambar).
  3. Kunci/manga bagi almari.
  4. Bakul baju kotor.

***Nota: Katil, tilam dan almari disediakan sebagai AMANAH oleh pihak Darul Ulum Az Zahra.

***Nota:
Barang- barang keperluan diri yang lain perlu dibawa:
Baldi, Sabun, Gelas, Botol Air & Lain Lain


Antara barang-barang yang dilarang adalah:

  1. Alat- alatan telekomunikasi, alatan muzik hiburan, Radio/mp3/mp4/i-pod/ dan seumpamanya.
    (Pelajar dibenarkan menggunakan telefon pejabat atau telefon bimbit pejabat 018 2300 997 untuk berhubung dengan ahli keluarga sahaja)
  2. Rokok/vape/bahan-bahan yang memabukkan dan merosakkan fizikal dan mental
  3. Komik kartun/majalah hiburan/Novel
  4. Senjata tajam/peralatan merbahaya/mercun
  5. Barangan elektrik; pemanas air, pengering rambut, pembakar roti dan lain-lain
  6. Barangan berharga

Sila Ambil Perhatian: Barangan yang dirampas oleh Pihak Pentadbiran Tidak Akan dikembalikan.

Jom Daftar Sekarang! Pendaftaran baru 2022 kini dibuka