- Pemohon mestilah berumur 16 tahun bagi kelas Tahfiz Pra SPM dan 17 tahun ke atas bagi Fast Track SPM.
- Mempunyai asas agama yang baik.
- Pemohon mestilah yang sudah Mumayyiz (pandai berdikari dan jaga diri ).
- Mempunyai asas pembacaan Al Qura’n dan asas ilmu tajwid.
- Mempunyai asas menulis dan membaca dalam bahasa melayu.
- Mempunyai keinginan dan minat sendiri untuk belajar, tanpa sebarang paksaan.
- Pemohon yang pernah belajar di madrasah lain perlu membawa surat berhenti madrasah / sekolah lama dan sijil-sijil yang berkenaan.
- Pelajar yang telah tamat (khatam atau syahadah) di madrasah terdahulu akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Academy Az Zahra dan akan ditempatkan di kelas yang berkesesuaian baginya.
- Sihat tubuh badan fizikal dan mental.
- Tidak mempunyai rekod penyalahgunaan dadah / bahan-bahan yang memabukkan (Termasuk Rokok).
- Setiap permohonan baru akan melalui proses temuduga oleh panel guru yang bertauliah.
- Keputusan penerimaan bagi setiap permohonan baru akan dimesyuaratkan oleh pihak Pentadbiran Academy Az Zahra selepas ditemuduga, kemudian akan dimaklumkan melalui mesej pesanan ringkas atau emel.
- Berjanji dan berikrar untuk mematuhi segala peraturan Academy Az Zahra yang telah ditetapkan.
- Ibubapa/Penjaga bersedia untuk menanggung kos pengajiannya sehingga tamat.
- Tidak mempunyai masalah kes mahkamah atau polis.
- Lulus Temuduga
NOTA: PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT MELALUI PORTAL ONLINE DI WEBSITE: WWW.
- Yuran
- Pembayaran kemasukan hanyalah dibuat selepas pemohon menerima Surat Tawaran Kemasukan
- Surat Tawaran Kemasukan akan dimaklumkan selepas penilaian temuduga oleh Mesyurat Pihak Academy Az Zahra.
- Setiap kemasukan baru perlu membayar Yuran Pendaftaran sebanyak RM700 serta RM600 yuran bulan pertama.
- Jumlah keseluruhan yuran bagi tahun 2021/2022 adalah sebanyak RM7,200.00 setahun.
- Pembayaran boleh dilakukan sekali gus pada awal tahun , setiap enam bulan sekali atau secara bulanan Pembayaran boleh dilakukan secara tunai di pejabat atau melalui online banking ke akaun Academy Az Zahra seperti berikut:
Maybank Academy Az Zahra ( ) - Pembayaran yuran bulanan mestilah dilakukan pada Awal Bulan Sebelum 5 Haribulan
- Pembayaran yang dilakukan melalui online banking, diminta untuk menghantar slip/resit kepada nombor whatsapp pejabat untuk simpanan rekod.
- Bayaran pendaftaran atau yuran yang telah dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN semula.